
Kalau kita tengok isu tentang Lina Joy ini bagi pandangan ayah ngahla bukanlah Lina Joy ni nak sangat tukar nama islam yang terdapat kad pengenalannya, tapi ada tujuan yang lebih besar lagi iaitu menggugat kewibawaan Mahkamah Syariah dan yang paling besar lagi mahu mencabar Agama Islam tu sendiri.
Kalaula si Lina Joy ini nak tukar nama islam semata2 mahu kawin rasanya tak logik lansung sebab dia dah murtad dan tukar agama kepada kritian sejak 10 tahun yang lalu, Cuma hanya mahu tukar nama agama yang terdapat dalam kad pengenalan tu je, jadi tak timbulla soal takleh kawin kalau tak tukar nama islam. Tukar atau tidak bukanla jadi masalah bagi Lina Joy ni, adakah dia masih islam kalau nama islamnya masih berada dalam kad pengenalan tu, dan adakah kristian dia tu tak sah kalau masih ada nama islam dalam kad pengenalan tu. Dalam kes ini Lina Joy nampak gagah sekali, kalau sahabat2 perasanla adakah Lina Joy berseorangan dalam kes ini, apa yang ayah ngah nampak ada dalang yang cukup kuat di belakang Lina Joy ini.
Dalam kes ini nampak sangat orang yang di belakang Lina Joy ni nak menggugat Agama Islam dan kuasa Mahkamah Syariah di Negara ini. Ayah ngah rasa syukur sangat bila dapat tau yang kes ini pihak Lina Joy tidak berjaya. Kalau berjayala maka kita dapat tengok bagaimana orang Islam dengan mudahnya menukar agama, dengan erti kata lain lebih ramaila orang akan murtad. Walaupun ayah ngah berada jauh di Negara orang tapi hati ayah ngah tetap berkobar2 mahu menegakkan Islam di muka bumi
Tapi…ingatla jangan kita terlalu gembira dengan kejayaan kita dalam kes Lina Joy ini, sebab dalang yang di belakang Lina Joy ini tidak akan mengalah begitu saja, mungkin mereka akan menggunakan cara yang lebih halus lagi untuk meruntuhkan Agama Islam di Malaysia.
Jadi…kesimpulannya tidak ada perundangan yang lebih elok dan sempurna melainkan perundangan Islam. Ayah ngah menyeru kepada sahabat2 dan sidang pembaca sekalian marila kita sama2 bangun memperjuangkan Agama Islam di Malaysia sehingga tertegak perundangan Islam yang suci ini.
Takbir…..Allahhu Akbar….!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment